PENJODOH BILANGAN
Latihan
Isi tempat
kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Mak
Siti menggunakan _____________ benang
untuk menjahit sepasang baju kurung.
A. secebis C. selembar
B. segelung D. sebuku
2. Di tepi
sungai terdapat beberapa__________________ buluh yang tumbuh dengan suburnya.
A. batang C. ruas
B. rumpun D. pucuk
3. Sultan
Mahmud telah berkenan menganugerahi Tun Perak _____________ keris sebagai
menghargai jasa-jasanya kepada Negara.
A. sebilah C. sepucuk
B. selaras D. sebatang
4. Pak
Mail membeli beberapa_______________ petai di pasar.
A. kaki C. rawan
B. papan D. batang
5. Adik
Hasmah menghadiahkan _________________ bunga kepada Puan Guru Besar pada
hari
guru.
A. sejambak C. seulas
B. sebuah D. sebiji
6. Salmah
mengesat pewarna yang tertumpah di atas meja dengan _______________ kain
buruk.
A. sepasang C. selembar
B. sebidang D. secebis
7. Halim
memegang _____________ galah untuk mengait _____________ rambutan.
A. sebuah……………………….. sebiji
B. sekaki…………………………. Setangkai
C. sekerat………………………. Segugus
D. sebatang……………………. Setangkai
8. Ahmad amat
berselera memakan se___________________ jagung bakar.
A. biji C. buku
B. buah D. tongkol
9. Pak Abu
memotong sebatang tebu agar setiap anaknya mendapat _________________.
A. seruas C. seketul
B. sehiris D. serumpun
10. Pekebun
itu membawa _______________ senapang dan __________________ tali semasa
memburu di dalam hutan.
A. sekaki…………………… …..segelung C. sebatang…………………….selembar
B. selaras………………………..seutas D. sepucuk…………………….. selingkar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan