Pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) merupakan satu kaedah pengajaran
yang menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Penggunaannya kini dilihat menjadi semakin penting khususnya dalam meningkatkan
kefahaman murid dalam P&P dalam membantu pemahaman murid. Pada peringkat
awal, kemunculan teknologi komputer secara tradisinya digunakan sebagai alat
pemprosesan data atau menaip teks semata-mata. Kini, penggunaannya telah diperluaskan
kepada bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Corak penyampaian komputer pada
satu ketika dahulu hanya terhad kepada penggunaan teks, numerik, grafik dan
animasi mudah sahaja. Namun dengan kemajuan teknologi multimedia telah berupaya
untuk mempersembahkan video bergerak, animasi yang canggih dan grafik warna.
Kemampuan multimedia dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat
dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran menyeronokan
(Zamri & Mohamed Amin, 2008). Pengajaran Bahasa Melayu sudah tentu tidak
terkecuali daripada pengaruh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(Yahya & Dayang Raini, 2011).
Justeru
perubahan global menuntut bidang pendidikan kita juga menyahut cabaran semasa. Penggunaan
ICT di dalam bilik darjah telah merubah senario pengajaran dan pembelajaran.
Persekitaran pembelajaran diberi sentuhan bagi memenuhi keperluan teknologi
semasa. Guru diberi dikehendaki menghadiri kursus TMK sebagai menyediakan diri
menyampaikan ilmu dalam bentuk terkini. Hilary (1991) menegaskan komputer dapat
membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yangn lebih
berkesan. Laurillard (1992) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan komputer
akan dapat meningkatkan pemahaman konsep sesuatu teori.
Pengajaran
dan Pembelajaran bahasa Melayu pastinya menyeronokkan dan murid–murid akan
teruja menanti P&P yang akan datang. Terdapat banyak perisian yang telah
disediakan dan dibekalkan oleh kementerian untuk membantu guru melancarkan P&P
dalam bilik darjah. Menurut Hess(1987), penyediaan bahan pengajaran yang
berorentasikan multimedia ini penting agar murid – murid dapat merasai
perbezaan dari segi strategi pengajaran.
Guru
– guru akan lebih terdorong untuk menyediakan bahan dan aktiviti P&P yang
lebih menarik dan mencabar. Penggunaan komputer membawa perubahan ketara kepada
bentuk pengajaran guru. Sekian P&P adalah berbentuk tradisional dan
berpandukan buku teks semata – mata. Dengan adanya teknologi kerja guru
bertambah mudah dan menarik. Murid – murid pastinya ternanti – nanti sesuatu
yang belum pernah dilihatnya. Maklumat yang terpapar di skrin tentunya sesuatu
yang lain dan baharu.
Perubahan
dalam strategi pengajaran kepada teknologi maklumat dan komunikasi akan
meningkatkan minat murid–murid terhadap bahasa Melayu. Terdapat banyak maklumat
yang berkaitan dengan sesuatu tajuk bahasa yang boleh dilayari dari internet
dan laman–laman web yang tersedia. Guru–guru boleh membantu murid– murid
mengakses seberapa banyak maklumat yang boleh. Murid – murid yang agak mahir
tentunya dapat pula membantu rakan–rakan
yang kurang mahir. Situasi begini tentunya meringankan bebanan dan masa guru
yang boleh dimanfaatkan untuk perkara–perkara yang lebih penting. Penglibatan
aktif murid sebenarnya dapat mememudahkam mereka memahami dan mengingati fakta
– fakta penting seterusnya menguasai setiap kemahiran dengan cepat.
Sebagai
konklusinya.teknologi maklumat memainkan peranan yang amat penting kepada
perkembangan pembelajaran murid. Melalui teknologi, guru – guru memperoleh
banyak bahan dan maklumat yang dapat
meringankan tugas guru dan dapat menjalankan pengajaran dengan lebih
berkesan.dalam Pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu yang menarik dan efisien memerlukan setiap guru
menguasai ilmu dalam teknologi maklumat
supaya murid mendapat kesan positif dan mengelakkan kesan negatif.
Blog
seharusnya diketengahkan sebagai satu bentuk pendidikan yang baru di negara
kita. Kepentingan blog dalam institusi pendidikan memang jelas terbukti. Pihak
yang berwajib harus menjalankan peranan mereka agar mutu pendidikan di negara
kita dapat ditingkatkan. Ibu bapa haruslah sentiasa peka dalam pendidikan
anak-anak mereka. Setiap kebaikan dan keburukan boleh ditentukan oleh diri
sendiri. Jadi, keburukan sesuatu perkara adalah kecil berbanding kepentingan
yang dibawa dalam sesuatu perkara. Blog juga, boleh menjadi laman untuk
menyebarkan sebarang maklumat berkaitan sekolah tempat mereka bertugas. Melalui
blog juga, guru boleh mendapatkan teknik-teknik pengajaran yang lebih baik dan
boleh dipraktikkan kepada pelajar mereka. Selain itu, guru dapat bertukar
informasi dan pengetahuan dengan guru-guru lain melalui tulisan dalam blog.
Guru
boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru
juga boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran melalui tulisan
dalam blog sekiranya tidak dapat hadir semasa pembelajaran di sekolah. Melalui
cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa sebarang
masalah dari segi masa selain dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia
ada di negara kita.