Selasa, 2 Disember 2014

Kepentingan Blog Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran



Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) merupakan satu kaedah pengajaran yang menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penggunaannya kini dilihat menjadi semakin penting khususnya dalam meningkatkan kefahaman murid dalam P&P dalam membantu pemahaman murid. Pada peringkat awal, kemunculan teknologi komputer secara tradisinya digunakan sebagai alat pemprosesan data atau menaip teks semata-mata. Kini, penggunaannya telah diperluaskan kepada bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Corak penyampaian komputer pada satu ketika dahulu hanya terhad kepada penggunaan teks, numerik, grafik dan animasi mudah sahaja. Namun dengan kemajuan teknologi multimedia telah berupaya untuk mempersembahkan video bergerak, animasi yang canggih dan grafik warna. Kemampuan multimedia dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran menyeronokan (Zamri & Mohamed Amin, 2008). Pengajaran Bahasa Melayu sudah tentu tidak terkecuali daripada pengaruh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (Yahya & Dayang Raini, 2011).
Justeru perubahan global menuntut bidang pendidikan kita juga menyahut cabaran semasa. Penggunaan ICT di dalam bilik darjah telah merubah senario pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran pembelajaran diberi sentuhan bagi memenuhi keperluan teknologi semasa. Guru diberi dikehendaki menghadiri kursus TMK sebagai menyediakan diri menyampaikan ilmu dalam bentuk terkini. Hilary (1991) menegaskan komputer dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yangn lebih berkesan. Laurillard (1992) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan komputer akan dapat meningkatkan pemahaman konsep sesuatu teori.
Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Melayu pastinya menyeronokkan dan murid–murid akan teruja menanti P&P yang akan datang. Terdapat banyak perisian yang telah disediakan dan dibekalkan oleh kementerian untuk membantu guru melancarkan P&P dalam bilik darjah. Menurut Hess(1987), penyediaan bahan pengajaran yang berorentasikan multimedia ini penting agar murid – murid dapat merasai perbezaan dari segi strategi pengajaran.
Guru – guru akan lebih terdorong untuk menyediakan bahan dan aktiviti P&P yang lebih menarik dan mencabar. Penggunaan komputer membawa perubahan ketara kepada bentuk pengajaran guru. Sekian P&P adalah berbentuk tradisional dan berpandukan buku teks semata – mata. Dengan adanya teknologi kerja guru bertambah mudah dan menarik. Murid – murid pastinya ternanti – nanti sesuatu yang belum pernah dilihatnya. Maklumat yang terpapar di skrin tentunya sesuatu yang lain dan baharu.
Perubahan dalam strategi pengajaran kepada teknologi maklumat dan komunikasi akan meningkatkan minat murid–murid terhadap bahasa Melayu. Terdapat banyak maklumat yang berkaitan dengan sesuatu tajuk bahasa yang boleh dilayari dari internet dan laman–laman web yang tersedia. Guru–guru boleh membantu murid– murid mengakses seberapa banyak maklumat yang boleh. Murid – murid yang agak mahir tentunya dapat pula membantu  rakan–rakan yang kurang mahir. Situasi begini tentunya meringankan bebanan dan masa guru yang boleh dimanfaatkan untuk perkara–perkara yang lebih penting. Penglibatan aktif murid sebenarnya dapat mememudahkam mereka memahami dan mengingati fakta – fakta penting seterusnya menguasai setiap kemahiran dengan cepat.
Sebagai konklusinya.teknologi maklumat memainkan peranan yang amat penting kepada perkembangan pembelajaran murid. Melalui teknologi, guru – guru memperoleh banyak bahan dan  maklumat yang dapat meringankan tugas guru dan dapat menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan.dalam  Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang menarik dan efisien memerlukan setiap guru menguasai  ilmu dalam teknologi maklumat supaya murid mendapat kesan positif dan mengelakkan kesan negatif.
Blog seharusnya diketengahkan sebagai satu bentuk pendidikan yang baru di negara kita. Kepentingan blog dalam institusi pendidikan memang jelas terbukti. Pihak yang berwajib harus menjalankan peranan mereka agar mutu pendidikan di negara kita dapat ditingkatkan. Ibu bapa haruslah sentiasa peka dalam pendidikan anak-anak mereka. Setiap kebaikan dan keburukan boleh ditentukan oleh diri sendiri. Jadi, keburukan sesuatu perkara adalah kecil berbanding kepentingan yang dibawa dalam sesuatu perkara. Blog juga, boleh menjadi laman untuk menyebarkan sebarang maklumat berkaitan sekolah tempat mereka bertugas. Melalui blog juga, guru boleh mendapatkan teknik-teknik pengajaran yang lebih baik dan boleh dipraktikkan kepada pelajar mereka. Selain itu, guru dapat bertukar informasi dan pengetahuan dengan guru-guru lain melalui tulisan dalam blog.
Guru boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru juga boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran melalui tulisan dalam blog sekiranya tidak dapat hadir semasa pembelajaran di sekolah. Melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dari segi masa selain dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada di negara kita.